Selamat Datang ke Laman Blog Ini. Anda Sekarang Berada di...

Jumaat, 5 September 2008

PPISMP-Prasekolah,IP Tawau ambilan Julai 2007(intro)



PPISMP-PRASEKOLAH


PPISMP-Prasekolah adalah antara kemasukan unit baru ke dalam IPG di Malaysia mulai tahun 2006 & 2007 (ambilan Julai). PPISMP-Prasekolah merupakan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (1 tahun persediaan + 4 tahun program ijazah) yang khusus untuk pendidikan prasekolah bagi melahirkan guru bertaraf ijazah untuk mendidik kanak-kanak di peringkat prasekolah di Malaysia. PPISMP-Prasekolah wajar diwujudkan untuk mencapai matlamat PIPP selaras dengan matlamat pembangunan pendidikan negara.



PPISMP-PRASEKOLAH, IP TAWAU (ambilan Julai 2007)

Pelatih-pelatih PPISMP-Prasekolah IP Tawau bagi kursus Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris mula mendaftar sebagai pelatih sepenuh masa pada 16 Julai 2007. Tarikh penting itu telah menyaksikan seramai 20 orang guru pelatih, terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Dusun, Iban, Melanau, Bidayuh, Murut, Bajau, Cina dan Kadazan yang telah mendaftar untuk unit ini melangkah masuk ke alam profesion perguruan dengan rasa bangga, gembira, bertuah di samping rasa sedih kerana berjauhan daripada keluarga. Berbekalkan semangat untuk mendidik anak bangsa, maka digagahi juga setiap langkahan tanpa rasa gentar.
Dengan itu, bermulalah cabaran di alam baru yang menuntut 1001 keringat untuk mencapai cita-cita sebagai seorang GURU...amin..



Preskul Team

Preskul's students terdiri daripada 20 orang guru pelatih. 18 orang perempuan dan 2 orang lelaki (lelaki bertuah la tu..). Biasa la, time mula-mula masuk dulu memang la banyak muka pemalu, so ramai la yang pendiam. Tapi hakikatnya, sekarang kami semua mesra sesama rakan seunit. Susah senang kami tempuhi bersama..Dipuji, digalak, dileteri, diceramahi..itu mainan biasa..huhuhu..Kami tetap setia..
Kami bahagia bersama tutor kesayangan yang caring lagi sporting,Miss Carol yang juga lect BI kami orang. Beliau la tempat kami mengadu segalanya..Thanks atas segala didikan n dorongan Miss..
THANKS also to all lects for 3rd sem->> Pn Hjh Patimah(BM2), Mr. Abd Ghani(BM1), Tgku Nor Izuri(PJ), Miss Hamidah(ELAG), Sir Sharidzuan(ELA),Sir Rozan(ELAR),Miss Noraini(ELA)Mr Effendy(KKE),Mr Najmuddin(PN) n Mdm Norhasmah(Math).



GUD LUCK to PPISMP-Preskul 2007..


IF U CAN'T BE A SUN,BE A STAR..BE THE BEST OF WHATEVER U ARE...




**nantikan isu-isu baru di dlm preskulipts.blogspot.com**
Menyusul selepas ini...'OUR BEAUTIFUL IP : IP TAWAU,SABAH..'

Tiada ulasan: