Selamat Datang ke Laman Blog Ini. Anda Sekarang Berada di...

Khamis, 13 Ogos 2009

Rabu, 22 Julai 2009

MAKLUMAN...

Untuk makluman...update blog ini akan dihentikan buat sementara waktu krn usaha untuk mewujudkan blog ini ke dalam blog wordpress yang baru sdg dilakukan..
Apa2 maklumat terbaru, akan dimaklumkan kemudian..
SABAR & HARAP MAAF..

Isnin, 20 Julai 2009

2nd Anniversary...

Oleh kerana terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan untuk pergi ke Borneo Eco Resort, akhirnya majlis untuk meraikan ulangtahun ke-2 pada tahun ini terpaksa diadakan di Prasekolah Sri Murni IPGM Kampus Tawau. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
Berikut adalah suasana ketika meraikan ulangtahun ke-2 di
IPGM Kampus Tawau...Seronoknya..
Pasangan Chef..bahagianya..

Sah sudah...hahaha..demo jer..

Asyik curi makan nugget diaorang nih..



Astaga..xda benda len mau dimakan ka??



Apa kes ni????


Jom kita 'menyambal'...
Ann : Apala Sha tu..dari tadi je asyik muka dia masuk kamera..ishh!!!



Keletihan ke ni??


Suka la tuu..Model COLGATE..

Isu panassss Oh Bulan!!!
Muazzzz : Awat hang ajak aku mai??
Shaaa : Alaa..saje je nak minta tolong hang abihkan
semua makanan ni ha..
Hehehe...


Awasss..SURPRISE!!!

Aku nak semua ni haa..

Selamat ulangtahun..3x PISMP PRASEKOLAH 09..
SELAMAT ULANGTAHUN..

Weyy..hati2..kang memercik pula air liur time tiup tu..hehe


HAPPY 2ND ANNIVERSARY..GUD LUCK 2 U ALL!!!

Jumaat, 10 Julai 2009

SELAMAT ULANGTAHUN KE-2 DI IPGM TAWAU

Tanggal 16 Julai setiap tahun menjadi tarikh yang bersejarah bagi guru pelatih PISMP Prasekolah IPGM Tawau ambilan Julai 2007. Tarikh tersebut merupakan kenangan manis ketika mula mendaftar masuk ke IPGM Kampus Tawau.
Pada tahun ini, tarikh 16 Julai 2009 menjadi semakin bermakna kerana pada detik itu genaplah 2 tahun kita berada di IPGM Kampus Tawau yang indah ini.

SELAMAT ULANGTAHUN KE-2 SEBAGAI WARGA IPGM KAMPUS TAWAU, SABAH

bersama kita meraikannya..

Venue : BALUNG ECO RESORT, TAWAU, SABAH.
Tarikh : 16 Julai 2009

Selasa, 19 Mei 2009

Jadual Peperiksaan Akhir Sem 1


20 Mei 2009 (2.30-5.00pm) - EDU3101

21 Mei 2009 (2.30-5.00pm) - EDU3102

25 Mei 2009 (8.30-11.00am) - PRA3101

26 Mei 2009 (8.30-11.00am) - PRA3102


SELAMAT BERJUANG..SEMOGA BERJAYA!!!!

Selasa, 12 Mei 2009

Selamat Hari Guru 2009

Selamat Hari Guru kepada semua guru pelatih PISMP-Preskul IPGM Tawau ambilan Januari 2009 dan juga kepada semua warga IPGM Tawau.
Bersama kita merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara!!!
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah,

Walaupun sukar baktiku curah,

Demi mu ibu pertiwi,

Sumpah ku lafaz janji ku kota,

Berikrar eratkan bangsa,

Kukuhkan cinta kepada Negara,

Berjasa terus berjasa,

Menyebarkan ilmu tiada batasnya.

C/o

Guru Pembina Negara Bangsa,

Gagah perjuangkan visi Negara,

Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa,

Demi agama dan nusa tercinta.

Guru Pembina Negara Bangsa,

Tetap Unggul senadakan suara,

Sehaluan menggapai matlamatnya,

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia.

Seloka kelas..

Salam sejahtera pembuka kata,
Salam perpaduan jadi ikatan,
Jom baca bersama-sama,
Seloka PISMPreskul ambilan Januari 2009.
Sentiasa bersemangat penuh kesabaran,
Tugasan banyak, kuliah tetap jalan,
Layan karenah tak pernah bosan,
Puan Suzanna tutor kami 2009.
Berambut panjang ayu orangnya,
Senyuman manis Henrianna namanya,
Temannya Ai Ping setia bersama,
KU & PKU kami orang semua.
Pahit sungguh kenangan Mei 2009,
Hati kecewa dilanda kerugian,
Andrew Saing punya pengalaman,
Orangnya comel kuat makan.
Bisnes besar sentiasa laku,
Heni Somiun,fuyoohh..caya la sama lu,
Setiap kali balik cuti memang kena serbu,
Semua tahu mesti dia ada bawa 'sesuatu'.
Tinggi lampai berseri-seri,
Sentiasa happy senang hati,
Suka menyampuk waktu ELP,
Shirely Inggol memang berani.
Lenggang-lenggok ayu sentiasa,
Olivia Daisy punya gaya,
Berwajah manis ala-ala Jepun & Cina,
Steffi Hidian itulah dia.
Minat sangat belajar bahasa,
Anak didik Crely yang paling setia,
Yennie Norzila ceria sentiasa,
Dia takda, sunyi jadinya.
Sentiasa tenang dan bersuara lantang,
Eda Edward duduk di belakang,
Nuranisa pula mesra orangnya,
Tak pernah marah, 'cool' saja.
Kecil kecil cili api,
Jangan dicabar pantang dibuli,
Grace dan Erma roomate sejati,
Sentiasa bersama ke sana ke mari.
Mohd Dhallilah merintih sepi,
'Malangnya aku di kelas ini..'
Relax la Dhal, dont worry,
Takkan 18 perempuan buli 2 lelaki.
Rakan karib, Rozainee dan Nur Afyda,
Memang kamceng la, ngam punya,
Assignment tebal memang dah biasa,
Bab-bab jiwang jangan ditanya.
Menonton movie menjadi hobi,
Drama Korea pilihan Suzie,
Christine Chumang berdiam diri,
Diam-diam tetap ubi berisi.
Putih melepak muka iras Cina,
Amey Asuk itu namanya,
Temannya Siti Shakinah Mustapha,
Orangnya manis baik hati pula.
Sekian sahaja buat tatapan,
Seloka ini sekadar hiburan,
Mohon ampun dari kawan-kawan,
Andai ada sebarang keterlanjuran.


**SELAMAT MENEMPUH UAK SEMESTER 1**
GOOD LUCK!!!!



Rabu, 6 Mei 2009

Macam-macam ragam..

Macam-macam ragam kat kelas ni tau..terutama kalau lectr takda..Pelbagai karenah boleh kita lihat..
Jom kita skodeng..hehehe
Jangan Marah ya..

Tarikh : 30 April - 4 Mei 2009
Wahhh..sibuk sangat nampak,sampai pensel pun cucuk kat kepala..



Kesian abang ni..hp yang kat depan tu hanya tinggal kenangan dah..wuwuwu..



Woiii..kira semut ke??



Yenn : 'Waduhhhh,bila aku nak bayar hutang ni???'
Fyda : 'Relax la..tunggu ja elaun sem depan..hehe'



Busy nampak..sampai tak cukup pulak meja tu ye..



Oli : 'Kenapalah si Ann ni tak masuk PSV dulu,pandai melukis pulak dia..'
Sha : 'Ya kannn, aku pun nak uji bakat juga ni..'
Ann : 'Jealous la tuu..'


Hahhh..buat ape tu cik adik oiii..
Pipink : 'alamak..kantoi la pulak..'



Hantar Folio & Jurnal ELP...Lega rasanya...



Ehemm..ehemm..tak share ngan kitaorang ke??



YDP pun lepak sama..Katanya kelas ni ada tarikan,apa la tu owhh...hehe..



Sporting..ringkas tetapi ikhlas...


Birthday Girl, 30 April..Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki



Tiup kek..hahaha..Kreatifnya...


Isnin, 27 April 2009

Memori Hari Ini..27 April 2009


Hari ini sorang lect je yang masuk.Best juga, masing2 dapat buat keja sendiri..Macam2 la keja tu. Tapi hari ini da problem ckit..kesian sorang rakan kena hantar p hospital. Semoga dia cepat sembuh..amen.


PAGI...SEBELUM WAKTU REHAT..


Suasana tenang..masing2 sibuk ngan laptop..



Selamat kembali ke kelas Yenn..lama cuti..Banyak x makan ayam tek??..haha.



Sarapan dalam kelas owhh...kasi tau sama bos nanti..




Ni la keja time lect xda..



Woww..tengok muvi x ajak org ye..


SELEPAS WAKTU REHAT...



Pas makan, terus jadi hyper..



Mula la tuuuu..




SEBELUM BALIK...

Tolong..CPR!!!!..Apa aku nk buat ni??..arghh..tengok je laa..




Angkat ramai-ramai..berat jugak budak ni ye..hehe

Ahad, 26 April 2009

Pengurusan Gerko di SK Pasir Putih

PISMP IPGM Tawau ambilan Januari 2009 telah mengadakan satu Aktiviti Pengurusan Gerko di SK Pasir Putih Tawau kira-kira 1 jam perjalanan dari IPGM pada 18 April 2009. Ini merupakan aktiviti yang julung kali dianjurkan oleh guru pelatih PISMP dari IPGM Tawau dengan kerjasama pihak sekolah. Tujuan aktiviti adalah untuk mendedahkan guru pelatih dengan proses-proses pengurusan aktiviti kokurikulum di sekolah di samping menambah pengalaman untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah. Pelbagai aktiviti diadakan seperti senam pagi, sukaneka, perlawanan bola sepak & bola jaring dengan guru sekolah dan juga refleksi bersama murid-murid.



Hasil kerja tangan guru pelatih

Kenapa tu Cikgu Ann?? tertanggal gigi palsu ke?..hehe..


Amboi..amboi..amboi...


Cikgu C-rely,tolong awasi budak2 tu..Jangan asyik berkatik katik ya..!!



Aayoyo..Cikgu Nisa..tak bagi chance ngan budak2 ke??



1, 2, 3..terus slim la pas ni..huhuhu..



Cikgu Eda & Cikgu G-jie jangan garang ya..Karang nangis pulak budak2 tu..



Sukanya..seronok pulak ngan budak2..I'm proud 2 be a T-cher!!!

Semoga Pengalaman indah ini menjadi dorongan kepada kita semua untuk terus mencapai cita-cita menjadi seorang guru..


Jamuan Hari Jadi 1 Kelas


Pada 1hb Mac yang lepas, PISMP Preskul mengadakan 1 Jamuan Hari Jadi khas untuk 1 kelas. Pada dasarnya, jamuan bfday ni diadakan untuk buat kejutan ke atas Andrew memandangkan bfday dia pada bulan tersebut, tapi atas kerjasama semua, so ditukarlah kepada BIRTHDAY PISMP-Preskul '09. Lagipun semua dah dapat elaun time tu..apalagiiiii...
Sedapnyaaaa..
Andrew malu la tuuu....
Amboi Fyda..Heni buat apa tuuu???
Asyik2 muka orang yang buat 'peace' tu je..hurmm..
Ni ada angan2 nak masuk Miss Fotogenik la ni..
Happy bfday 2 u..happy bfday 2 u..

Semoga panjang umur dan murah rezeki kepada semua!!!

Biodata 20


Putri Yenny Nourzieyla bt Tgku Mahmud..berasal dari Kuching, Sarawak. Pure Melayu Sarawak..(Bila masa pula Sarawak ada kaum kerabat Sultan ni)..Perasaan saja bha tu..Panggil je ngan nama Cikgu Yenn. Nama yang sebenar-benarnya ialah Yennie Norzila bt Mahmud. Lahir pada 17 Jun 1988. Yenn lahir sebagai seorang yang hyperaktif. Sunyi jugak kelas kalau dia takda, sama macam Andrew. Yenn pernah bercita-cita nak jadi doktor semasa di sekolah dulu. Nak jadi doktor haiwan sebab pernah kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa kucingnya yang jatuh sakit 5 tahun lepas dan sangat trauma ngan Chicken Pox..huhuhu..Sekarang dah masuk jadi cikgu. Katanya kerjaya Guru sangat mulia. Tanpa guru ke manalah kita..Tanpa guru tiada la doktor..maka, guru juga lah menjadi pilihannya. Hobi Yenn ialah mendengar lagu best2 sampai tido, main game sampai laptop stuck, dan surfing internet sampai laptop hang..hehe..Bagus bah!!!Idola Yenn ialah Tgku Mahmud dan isterinya..mak n bapanya lah tu..Motto hidup Yenn 'HIDUP BIAR SEDERHANA, CINTA BIAR BERPADA-PADA'..