Selamat Datang ke Laman Blog Ini. Anda Sekarang Berada di...

Isnin, 27 April 2009

Memori Hari Ini..27 April 2009


Hari ini sorang lect je yang masuk.Best juga, masing2 dapat buat keja sendiri..Macam2 la keja tu. Tapi hari ini da problem ckit..kesian sorang rakan kena hantar p hospital. Semoga dia cepat sembuh..amen.


PAGI...SEBELUM WAKTU REHAT..


Suasana tenang..masing2 sibuk ngan laptop..



Selamat kembali ke kelas Yenn..lama cuti..Banyak x makan ayam tek??..haha.



Sarapan dalam kelas owhh...kasi tau sama bos nanti..




Ni la keja time lect xda..



Woww..tengok muvi x ajak org ye..


SELEPAS WAKTU REHAT...



Pas makan, terus jadi hyper..



Mula la tuuuu..




SEBELUM BALIK...

Tolong..CPR!!!!..Apa aku nk buat ni??..arghh..tengok je laa..




Angkat ramai-ramai..berat jugak budak ni ye..hehe

Ahad, 26 April 2009

Pengurusan Gerko di SK Pasir Putih

PISMP IPGM Tawau ambilan Januari 2009 telah mengadakan satu Aktiviti Pengurusan Gerko di SK Pasir Putih Tawau kira-kira 1 jam perjalanan dari IPGM pada 18 April 2009. Ini merupakan aktiviti yang julung kali dianjurkan oleh guru pelatih PISMP dari IPGM Tawau dengan kerjasama pihak sekolah. Tujuan aktiviti adalah untuk mendedahkan guru pelatih dengan proses-proses pengurusan aktiviti kokurikulum di sekolah di samping menambah pengalaman untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah. Pelbagai aktiviti diadakan seperti senam pagi, sukaneka, perlawanan bola sepak & bola jaring dengan guru sekolah dan juga refleksi bersama murid-murid.



Hasil kerja tangan guru pelatih

Kenapa tu Cikgu Ann?? tertanggal gigi palsu ke?..hehe..


Amboi..amboi..amboi...


Cikgu C-rely,tolong awasi budak2 tu..Jangan asyik berkatik katik ya..!!



Aayoyo..Cikgu Nisa..tak bagi chance ngan budak2 ke??



1, 2, 3..terus slim la pas ni..huhuhu..



Cikgu Eda & Cikgu G-jie jangan garang ya..Karang nangis pulak budak2 tu..



Sukanya..seronok pulak ngan budak2..I'm proud 2 be a T-cher!!!

Semoga Pengalaman indah ini menjadi dorongan kepada kita semua untuk terus mencapai cita-cita menjadi seorang guru..


Jamuan Hari Jadi 1 Kelas


Pada 1hb Mac yang lepas, PISMP Preskul mengadakan 1 Jamuan Hari Jadi khas untuk 1 kelas. Pada dasarnya, jamuan bfday ni diadakan untuk buat kejutan ke atas Andrew memandangkan bfday dia pada bulan tersebut, tapi atas kerjasama semua, so ditukarlah kepada BIRTHDAY PISMP-Preskul '09. Lagipun semua dah dapat elaun time tu..apalagiiiii...
Sedapnyaaaa..
Andrew malu la tuuu....
Amboi Fyda..Heni buat apa tuuu???
Asyik2 muka orang yang buat 'peace' tu je..hurmm..
Ni ada angan2 nak masuk Miss Fotogenik la ni..
Happy bfday 2 u..happy bfday 2 u..

Semoga panjang umur dan murah rezeki kepada semua!!!

Biodata 20


Putri Yenny Nourzieyla bt Tgku Mahmud..berasal dari Kuching, Sarawak. Pure Melayu Sarawak..(Bila masa pula Sarawak ada kaum kerabat Sultan ni)..Perasaan saja bha tu..Panggil je ngan nama Cikgu Yenn. Nama yang sebenar-benarnya ialah Yennie Norzila bt Mahmud. Lahir pada 17 Jun 1988. Yenn lahir sebagai seorang yang hyperaktif. Sunyi jugak kelas kalau dia takda, sama macam Andrew. Yenn pernah bercita-cita nak jadi doktor semasa di sekolah dulu. Nak jadi doktor haiwan sebab pernah kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa kucingnya yang jatuh sakit 5 tahun lepas dan sangat trauma ngan Chicken Pox..huhuhu..Sekarang dah masuk jadi cikgu. Katanya kerjaya Guru sangat mulia. Tanpa guru ke manalah kita..Tanpa guru tiada la doktor..maka, guru juga lah menjadi pilihannya. Hobi Yenn ialah mendengar lagu best2 sampai tido, main game sampai laptop stuck, dan surfing internet sampai laptop hang..hehe..Bagus bah!!!Idola Yenn ialah Tgku Mahmud dan isterinya..mak n bapanya lah tu..Motto hidup Yenn 'HIDUP BIAR SEDERHANA, CINTA BIAR BERPADA-PADA'..

Biodata 19


Sentiasa cool ja di kelas..Nya iya bulih..Christine Chumang ak Geraman. Lahir pada 25 Disember 1988 dan berasal dari Betong, Sarawak. Pure Iban ni..Kalau nak belajar bahasa Iban, boleh rujuk dia. Lupa pula, boleh panggil Christine dengan nama Cikgu Mang. Cita-cita sebelum masuk IP ni adalah jadi drebar bas..Mungkin sangat terharu dengan drebar bas sekolahnya zaman dulu kottt..Lagipun jadi drebar bas juga boleh jadi kaya, seperti lagu Achan (Iban singer), AYA BEBINI 2 katanya..hehehe. Hobi Christine ialah tidur..kerana tidur itu satu kemestian. Idola beliau ialah abang sulungnya sendiri. Harapannya semoga dapat jadi kaya. Asalkan tak masuk Skim Cepat Kaya, sudahlah ya..Motto Christine 'SUKA KU LAH'..

Biodata 18




Olivia Daisy John @ Mrs. Dom berasal dari Sibu, Sarawak. Dahulu orang Limbang. Berbangsa Iban. Boleh panggil Cikgu Oli je..Olivia lahir pada 24 Julai 1987 (bangga jadi kakak kat kelas!!!). Biasa panggil Kak Oli lah..Katanya memang dari kecil mahu jadi 'sigu'. 'Sigu' sekolah memandu pun kira ok la tu..Sekarang tercapai sudah..Tahniah Kak Oli!!Hobi Kak Oli..menonton tv & menatap muka orang kesayangannya setiap hari. Idolanya ialah emak & bapanya sendiri..Motto hidupnya 'What Goes Around COme Around..so, don't Mess Wif Me!!!!". Kak Oli berharap 'better life in the future'..Steady kek!!! Idup anak Iban..hehe

Biodata 17


Duduk paling belakang..masa seharian dihabiskan untuk bergayut di dahan Digi n tatap laptop jer...kalau x main game, mesti dengar lagu..kadang-kadang sampai lupa nak tidur..hehehe. Eda ak Edward Nawang, berasal dari Kuching, Sarawak. 'Dayung' Bidayuh ni.. + Indu Iban juga..mix. Lahir pada 25 Mei 1988. Peramah dan caring orangnya..soe, dah bertunang dah dier nie..tunggu masa nak kawen jer lagi. Boleh panggil Cikgu Eda @ Dedek. Dari dulu lagi cita-cita nak jadi guru atau pensyarah. Akhirnya tercapai juga..Cuma tunggu ambil Master untuk jadi pensyarah..Gud luck Eda..Hobi Eda : snoozing, napping, sleeping, chatting, eating, listening, watching, tingting, ningning..ooppsss!!!!..tersasul pulak..Motto beliau ialah ' SKUL HIGH2, STUPID NEVER FINISH'..Yeahh..betul,betul,betul...Sangat risau apabila beratnya naik..huhuhu..Sama la kita!!!..hehe..

Biodata 16


Ni orang jauh ni. Satu-satunya orang Semenanjung PPISMP intake 2007..Kesian sorang2 pula tu. Datang dari Taiping, Perak. Uiiiinaaa..jauh ke Utara Semenanjung tu. Orangnya kecil molek.. Siti Shakinah bt Mustafa. Boleh panggil Cikgu Sha @ Poyo...Ape kene ngan Poyo tu ha??..hehehe. Suaranya lembut merdu..ayu gitu..Mantan Ketua Unit untuk Sem 2 yang lepas. Suka menolong orang dan berminat juga tinggal di Tawau. Katanya orang Tawau smart2 belaka, sejuk mata memandang...Jangan marah ya Sha..Lahir pada 30 November 1989. Sha pernah bercita-cita nak jadi arkitek. Angan2 nak jadi arkitek untuk Menara Berkembar Petronas yang ke-2..tapi terpaksa lupakan hasratnya kerana jadi cikgu ni lebih seronok.Hobinya ialah tengok muvi, kumpul setem, tidur dan chat..Motto hidup Sha ialah 'I WANT TO BE WHAT I WANT TO BE, KEJOR YOP KEJOR'..Memang penyokong fanatik team Liga Super Perak la ni..Juga sangat risau bila Perak jatuh ke tangan pembangkang..huhu

Biodata 15


Inilah satu-satunya gentleman kat kelas ini. Orang kata ombrey...Muhd Dhalilah Hassim namanya. Lahir pada 06 Disember 1989 dan berasal dari Kota Belud, Sabah. Berbangsa yang pelbagai, Kedayan + Bajau + Dusun + Kadazan. Boleh panggil Cikgu Dhal ya..Hobinya tidur dan main game lumba kereta..Suka jenama KIKI LALA time kecik2 dulu..hehe. Idola beliau ialah ibu bapa..Katanya 'Enjoy This Life and Hope it Last a Little Bit Longer!! Enjoy Life with Love Ones'. Romantik la kunun!!! Motto hidup Dhal adalah 'SUKA AKU LAH..' Bak kata orang putih"MY LIKE!!"..hahaha. Bangga jadi guru preskul!!! Bukan senang nak jaga kanak-kanak katanya. Pernah bercita-cita jadi bapa orang tapi tunggulah dalam 10 tahun lagi...hehe..

Biodata 14


Nampak macam Chinese tapi bukan. Namanya, Amey bt Asuk. Lahir pada 09 Julai 1989. Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan berbangsa Murut. Boleh panggil beliau dengan nama Cikgu Mimiey..Pernah bercita-cita menjadi jurutera..taktau la nak jurutera apa..Katanya, tak dapat jurutera, dapat doktor pun jadi la..heheHobi beliau ialah membaca buku, makan dan tidur. Patut la di atas mejanya penuh dengan buku..eg : komik, novel, kamus, bible..etc..Amey mengajak anda semua join kelab dia. Bukan Kelab Malam tapi PROMISCUOUS CLUB. Kelab tu untuk orang yang pernah ada skandal dan sedang berskandal je..Sebelum join, kena interview dulu. Untuk maklumat lanjut, silalah dapatkan borang di http://mimieywitluv.blogspot.com/ kerana kelab itu sedang sibuk membuat pelantikan AJK sekarang. Ada permit ke ni???Motto hidup Amey ialah 'LOVE DON'T COST A THING'..Gud luck Mey..

Biodata 13


Lahir pada 20 Oktober 1990. Second youngest in our class..Beliau ialah Nur Afida Fatillah bt Materang. Berbangsa Melayu Sarawak + Melanau. Boleh panggil Cikgu Fyda.Nurse adalah cita-cita Afyda pada masa dahulu. Nurse tu cantik dan putih bersih katanya..Hobi Fyda satu jak..dengar lagu, lagu yang best2..Lagu nasyid adalah antaranya..Fyda suka kumpulan Raihan..eh,eh..betul ke ni?? Kalau berminat tu, send ja emel, foto, data, mms, komen, nota, virus (ooppsss..over la pulak) kepada emel berikut ; fieyda2125@yahoo.comAda vacancy lagi ke cik adik oiii???..hehe

Biodata 12


Membentang dengan suara yang lantang. Susie Sheila bt Tanis. Lahir pada 18 Ogos 1988. Sumandak dari Keningau, Sabah. Mahu jadi doktor sebelum masuk IPT..tapi itu kunun ja katanya. Berbangsa KadazanDusun. Panggil Cikgu Suzie laa..Happy je orangnya ni..selamba je..Hobi Suzie adalah mendengar lagu dan tidur di samping menonton filem Korea. Bakal jadi pengkritik filem Korea ni. Suzie berharap supaya dapat menjadi seorang guru yang baik, berdedikasi dan bertanggungjawab. Katanya, dia takkan rugikan duit kerajaan..Bagus tu Suzie!!Idola beliau ialah Hitler..Ada apa2 ke di sebalik nama Hitler tu Suz??hehe..

Biodata 11



Seorang yang aktif. Juga merupakan AJK Kop n Exco PGPI..Nuranisa bt Johar berasal dari Mukah, Sarawak. Pure Melanau. Boleh panggil Cikgu Nisa je..Caring lagi penyayang..Calon isteri mithali ni..heheLahir pada 30 April 1988. Suka main game, dengar lagu, tengok muvi dan tidur. Hujung minggu pun paling awal bangun adalah jam 11am..ooppsss!!!.. Katanya, masa hujung minggu harus dimanfaatkan sepenuhnya dengan tidur puas2.. Dahulu pernah bercita-cita menjadi doktor..Tinggi cita2 tu..Nanti dapat jadi doktor falsafah (PHD) pun lagi bagus...Idola beliau ialah seseorang yang mampu memberi motivasi kepada dirinya. Harapan beliau..there always be something!!

Biodata 10



Paling muda di dalam unit PPISMP-Preskul sem 3 2008. Ala-ala Japanese orangnya ni. Steffi Hidian namanya. Berasal dari Ranau, Sabah. Tarikh lahirnya pada08 Disember 1990. Berbangsa KadazanDusun. Suka suasana di Tawau sebab...ooppsss!!! Steffi nak jadi nurse semasa zaman sekolah dulu sebab nurse la yang membantunya melihat dunia dulu katanya..Betapa besarnya jasa seorang nurse..Oh ya, panggil je Cikgu Steffi @ Pipinq..Hobi Steffi ni adalah mendengar lagu, dan paling suka tak buat apa2..Relax je la tu..Idola beliau ialah emaknya sendiri. Steffi 'wanna be an attractive teacher'..Motto hidupnya ialah 'ENJOY DA FUCKIN LIFE'..

Biodata 9


Rozainee bt Jaine. Berbangsa Jawa+Bajau. Ayu orangnya ni..fotogenik la bha..Lahir pada 29 Oktober 1989 dan berasal dari Sandakan/Kota Belud, Sabah. Boleh dipanggil dengan nama Cikgu Jijie..Jijie dulu bercita-cita untuk menjadi peguam, sikitttttt lagi hampir tercapai. Cuma tak cukup tinggi je..hehehe..(takda kaitan langsung). Tapi sekarang tetap juga masih macam seorang peguam, suka berdebat dan menghuraikan sesuatu secara panjang lebar. Assignment2 Jijie selalu menjadi the most tebal la dalam kalangan kami orang..Katanya, lagi tebal, lagi banyak markah!!Idola Jijie ialah ibu beliau sendiri. Jijie berharap kehidupannya dipenuhi kegembiraan setiap hari.Motto beliau ialah 'PEDULIKAN YANG LAIN'..macam pernah dengar je motto ni..tapi di mana ya. Macam kat serbuk pencuci Daia pulak..hehe

Biodata 8


Lahir pada 06 Januari 1989 dan berasal dari Sibu, Sarawak. Memang ramai orang Sibu la kelas ni..huhu. Shirely ak Inggol namanya. Berbangsa Iban. Tinggi lampai dan cun gitu...Boleh panggil Cikgu Crely.Nama samarannya ialah Lady Bird. Entah kenapa binatang itu yang dia pilih.. Cita-cita sebelum masuk IPT ialah tanam anggur. Semantik ni..Sama ada nak buat bisnes ladang anggur atau jadi penganggur. Hanya Crely yang tahu.Hobinya tidur, main game (patutla laptop hang..hehe), dan surf internet..Idola Crely ialah dirinya sendiri. Crely berharap dia akan jadi Datuk suatu hari nanti..Macam Datuk Siti dan Sarifah Aini tu..Nak duduk goyang kaki, katanya. Motto hidup Crely ialah 'NAIK MOTTO JANGAN LAJU, BE CAREFULL'

Biodata 7


Yang ni pulak kawan sekutu Erma. Grace Kupun namanya. Berasal dari Mukah, Sarawak. Berbangsa Melanau. Lahir pada 02 Februari 1989. Jinak-jinak merpati, nakal juga orangnya ni..Suka buli si Dhal..Hobinya ialah main game dan tidur. Cita-citanya dahulu nak jadi pelumba F1..Hebat la bah!! Tapi pas kena cekup semasa lumba haram, Grace pun tukar la cita-cita jadi guru.. Sebab kerjaya guru tak bahaya katanya..Gud luck Grace..

Biodata 6


Kecil-kecil cili padi ni namanya Nuramyda Erma bt Mohd Amyrol Hiizquan. Memang susah nak sebut nama penuh dia. Panggil je Cikgu Erma @ Myda. Erma lahir pada 29 Oktober 1989 dan berasal dari Sibu, Sarawak. Berbangsa Cina+Melayu Melanau. Macam2 bahasa Erma bole cakap. Unik juga orang ni. Bahasa orang Keningau pun dia tahu..heheErma nak jadi doktor @ nurse semasa zaman sekolah dulu. Doktor apa? takda pulak dia bagitau. Tapi doktor haiwan pun kira ok jugak tu..Hobi Erma ialah tak lain dan tak bukan..tidur, bersms, chatting dan makan, tapi tak juga besar2, maintain comel..Bestnya Erma ni. Di samping itu, hobinya juga adalah membuli orang bersama kawan rapatnya, Grace. Nampak je kecik,tp...Idola Erma ialah ibu bapanya sendiri. Erma berharap agar dapat menjadi wanita yang tercantik suatu hari nanti. Tercantik di mata suaminya kotttt..huhu..Jangan marah!!Motto beliau ialah ' HIDUP AKU, HAK AKU'..Bagus bha!!

Biodata 5


Berasal dari Tamparuli, Sabah. Heni Somiun namanya. Panggil je Cikgu Heni Baby @ Yun Hein Yie (Bila masa jadi ching shi'e ni??). Heni adalah mantan PKU PISMP sem 3 dan juga merupakan Exco Kediaman dalam JPP. Lahir pada 24 Mei 1988 dan berbangsa Kadazandusun. Selalu la jadi kamus kami orang untuk belajar bahasa Dusun. Sebelum masuk ke IP, beliau bercita-cita untuk menjadi doktor sakit jiwa kerana jiwa itu sangat penting katanya. Tanpa jiwa, tiada la cinta dan tanpa cinta....entahlah..Hobi Heni ni suka tidur, bersms dan berkhayal..hehe..Entah apalah dikhayalkannya, hanya dia sendiri yang tahu. Idolanya adalah parentnya sendiri. Motto hidup Heni ialah 'BE URSELF!! ME, MYSELF'. Heni kata 'I LOVE U ALL'..sayang kita semua la tu..Heni berharap agar dirinya gembira dan bahagia bersama orang tersayang.. Ermmm...sapa la orang bertuah tu Heni??

Biodata 4


Moderator blog, Masliza ak Along. Tapi tak boleh bagi pinjaman haram coz bukan ceti haram..Halal je..hehe. Panggil je Cikgu Mas @ Lizz. Lahir pada 04 April 1988 dan berasal dari Tatau, Bintulu, Sarawak. Sentiasa buat muka serius dan tegas, sesuai sangat jadi Guru Besar.. Luar nampak skema tapi dalam gila2. Suka buat lawak bila moodnya baik. Pantang dicabar!!..yeahhh..Bercita-cita nak jadi inspektor/pegawai polis semasa zaman sekolah. Dari form 1 hingga form 5 masuk Kadet Polis tapi akhirnya tak dapat juga kerana mata dah rabun..huhuhu. Padan muka!! Hobi Mas ialah RTM-Relax, tdo dan makan..bukan Radio Televisyen Malaysia k..Minat sangat aktiviti sukan, tapi tak pandai jaga badan..hehehe. Harapan beliau ialah menjadi seorang guru yang baik dan ingin mendapatkan Jusa C suatu hari nanti..amenn.. Mas minta maaf jika terdapat kekurangan dalam blog ini. Motto Mas ' AKU ADALAH AKU YANG AKU KATAKAN AKU ITU AKU'..Be urself Mas!!!!

Sabtu, 25 April 2009

Biodata 3


Yang comel ni ialah mantan Ketua Unit PPISMP-Preskul sem 3 2008. Nama dia Andrew Saing ak Andri. Panggil je Cikgu And @ Aye..Bujang lagi ni. Berasal dari Sibu, Sarawak. Berbangsa Iban. Motto beliau ialah AGI IDUP AGI NGELABAN,maksudnya selagi hidup selagi itulah berjuang..Cute tak orangnya??bukan saja cute, malah popular satu IP. Takda orang di IPTS yang tak kenal ngan Andrew ni..Glamour la katakan...Tarikh lahir Andrew jatuh pada 23 February 1988. Dia memang bercita-cita menjadi guru sejak dari kecil lagi. Tak kisah la kalau Guru Besar @ Guru kecil katanya.. Dan sekarang cita2 beliau tercapai. Tahniah Andrew!!!Andrew pandai memujuk, sehinggakan lecturer yang nak bagi exam pun tertangguh kerananya..haha. Hobi Andrew ialah berYM, lepak ngan geng2 dan yang paling penting ialah MAKAN!! Kerana Hidup Untuk Makan..eh silap, MAKAN UNTUK HIDUPlah!! Berminat??hubungi Andrew menerusi emel -->> aye_pieces23@yahoo.com. Andrew kata "I LOVE U ALL..U ALL ARE MY BEST FRIENDS FOREVER"

Biodata 2


Satu-satunya Chinese kat kelas PPISMP-Pra, tapi ada juga sinonya. Cina+Kadazan.. Pung Ai Ping namanya, juga selaku Penolong Ketua Unit semester 1. Panggil jak Cikgu Pinky. Agaknya suka warna pink la tu.. Bilik dia memang penuh kaler pink. Romantik!! Pung lahir pada 20 Oktober 1989 dan berasal dari Beaufort, Sabah. Rajin orangnya ni..Suka buat bisnes. Confirm akan buka bisnes lepas bersara kelak..amen..Hobi Pinky ialah menonton muvi Korea dan tidur..Katanya tidur itu bagus untuk kesihatan.Cita-cita Pinky sebelum masuk IP ni memang unik dan sangat memberangsangkan. Katanya, dulu dia bercita-cita jadi bini orang tapi tak kesampaian kerana terpaksa masuk IP, patutla selalu kena aim Sir T..hehe.. Nanti-nanti la sambung cita-cita tu dia bilang.. Motto hidup Pinky ialah 'HAPPY GO LUCKY'. Patutla sentiasa happy ja..Syabas Pinky!!!!

Biodata 1


Henrianna Gwendellin ak Henry, Ketua Unit kami orang untuk PISMP semester 1. Boleh dipanggil dengan nama Cikgu Ann. Manis orangnya ni. Berasal dari Membakut, Sabah. Orang Sabah-Sarawak juga ni. Berbangsa KaBan (Kadazan-Iban). Bapa Iban, emak Kadazan. Ann lahir pada 18 Oktober 1988. Lembut je bila bercakap. Rajin juga orangnya ni. Selalu ulangkaji dalam kelas dan di mana sahaja. Tak peduli bunyi bising katanya. Assignment pun selalu siap awal.. Bole la share2 ngan rakan2 lain..hehehe. Beliau bercita-cita menjadi ahli forensik semasa zaman sekolah dulu. Agaknya terpengaruh ngan cerita CSI la tu..Hobi Ann ialah membaca buku dan tidur. Kalau tak cukup tidur, tak dapat la nak baca buku katanya..Ya, ngam la itu!! Idola Ann ialah parentnya sendiri..Gud luck Ann!!!

Kelas PISMP-PreSkuL sem 1

Inilah kelas kami untuk semester ini..Cantik x??..ehemmm..
Kelas ni pernah menang pertandingan Kebersihan & Keceriaan tau..hehe..Tu pun lepas dapat anugerah 'khas', barulah dapat no1..Takpalah tu, kita memang mula dari bawah. 1st,1st dulu memang bagi chance la katakan..hehehe..
Jom kita tengok kelas yang terkenal dengan ciri2 Malaysian ni coz dalam kelas ni ada pelbagai bangsa dan juga datang dari pelbagai tempat dari Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia..WE R MALAYSIAN!!




GUD LUCK PISMP PRESCHOOL!!