Selamat Datang ke Laman Blog Ini. Anda Sekarang Berada di...

Selasa, 12 Mei 2009

Seloka kelas..

Salam sejahtera pembuka kata,
Salam perpaduan jadi ikatan,
Jom baca bersama-sama,
Seloka PISMPreskul ambilan Januari 2009.
Sentiasa bersemangat penuh kesabaran,
Tugasan banyak, kuliah tetap jalan,
Layan karenah tak pernah bosan,
Puan Suzanna tutor kami 2009.
Berambut panjang ayu orangnya,
Senyuman manis Henrianna namanya,
Temannya Ai Ping setia bersama,
KU & PKU kami orang semua.
Pahit sungguh kenangan Mei 2009,
Hati kecewa dilanda kerugian,
Andrew Saing punya pengalaman,
Orangnya comel kuat makan.
Bisnes besar sentiasa laku,
Heni Somiun,fuyoohh..caya la sama lu,
Setiap kali balik cuti memang kena serbu,
Semua tahu mesti dia ada bawa 'sesuatu'.
Tinggi lampai berseri-seri,
Sentiasa happy senang hati,
Suka menyampuk waktu ELP,
Shirely Inggol memang berani.
Lenggang-lenggok ayu sentiasa,
Olivia Daisy punya gaya,
Berwajah manis ala-ala Jepun & Cina,
Steffi Hidian itulah dia.
Minat sangat belajar bahasa,
Anak didik Crely yang paling setia,
Yennie Norzila ceria sentiasa,
Dia takda, sunyi jadinya.
Sentiasa tenang dan bersuara lantang,
Eda Edward duduk di belakang,
Nuranisa pula mesra orangnya,
Tak pernah marah, 'cool' saja.
Kecil kecil cili api,
Jangan dicabar pantang dibuli,
Grace dan Erma roomate sejati,
Sentiasa bersama ke sana ke mari.
Mohd Dhallilah merintih sepi,
'Malangnya aku di kelas ini..'
Relax la Dhal, dont worry,
Takkan 18 perempuan buli 2 lelaki.
Rakan karib, Rozainee dan Nur Afyda,
Memang kamceng la, ngam punya,
Assignment tebal memang dah biasa,
Bab-bab jiwang jangan ditanya.
Menonton movie menjadi hobi,
Drama Korea pilihan Suzie,
Christine Chumang berdiam diri,
Diam-diam tetap ubi berisi.
Putih melepak muka iras Cina,
Amey Asuk itu namanya,
Temannya Siti Shakinah Mustapha,
Orangnya manis baik hati pula.
Sekian sahaja buat tatapan,
Seloka ini sekadar hiburan,
Mohon ampun dari kawan-kawan,
Andai ada sebarang keterlanjuran.


**SELAMAT MENEMPUH UAK SEMESTER 1**
GOOD LUCK!!!!



Tiada ulasan: