Selamat Datang ke Laman Blog Ini. Anda Sekarang Berada di...

Jumaat, 5 September 2008

my IP...




Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah (IPTS) merupakan IPG yang terbesar di Malaysia setakat ini dan dirasmikan pada tahun 2005. IPTS dilengkapi dengan segala kemudahan lengkap sebagai satu institusi pendidikan terpenting negara seperti kemudahan wireless, pelbagai kemudahan sukan, gimnasium, hostel yang serba indah, blok kediaman pensyarah, pelbagai kemudahan ICT dan sebagainya. Kami bangga menjadi pelatih di IP Tawau..
Selain itu, pensyarah IPTS juga sangat baik hati dan amat mengambil berat tentang masa depan guru-guru pelatih. Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan oleh tuan-tuan dan puan-puan kepada kami semua..

Berlatarbelakangkan keindahan yang dihiasi oleh pokok-pokok bunga dan susunan blok yang tersergam indah, IPTS merupakan antara IPG yang tercantik dan sering mendapat pujian daripada pelawat dari luar. IPTS dibina di sebuah lokasi yang strategik iaitu kira-kira 36km dari bandar Tawau dan hanya kira-kira 5km dari airport Tawau. Tambahan pula, sebuah UITMkT akan dibina tidak jauh daripada kampus IPTS.


WE LOVE IP TAWAU... I'm proud to be a teacher..






**menyusul selepas ini..PPISMP-Pres' xtvt..**

Tiada ulasan: