Selamat Datang ke Laman Blog Ini. Anda Sekarang Berada di...

Selasa, 19 Mei 2009

Jadual Peperiksaan Akhir Sem 1


20 Mei 2009 (2.30-5.00pm) - EDU3101

21 Mei 2009 (2.30-5.00pm) - EDU3102

25 Mei 2009 (8.30-11.00am) - PRA3101

26 Mei 2009 (8.30-11.00am) - PRA3102


SELAMAT BERJUANG..SEMOGA BERJAYA!!!!

Selasa, 12 Mei 2009

Selamat Hari Guru 2009

Selamat Hari Guru kepada semua guru pelatih PISMP-Preskul IPGM Tawau ambilan Januari 2009 dan juga kepada semua warga IPGM Tawau.
Bersama kita merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara!!!
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah,

Walaupun sukar baktiku curah,

Demi mu ibu pertiwi,

Sumpah ku lafaz janji ku kota,

Berikrar eratkan bangsa,

Kukuhkan cinta kepada Negara,

Berjasa terus berjasa,

Menyebarkan ilmu tiada batasnya.

C/o

Guru Pembina Negara Bangsa,

Gagah perjuangkan visi Negara,

Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa,

Demi agama dan nusa tercinta.

Guru Pembina Negara Bangsa,

Tetap Unggul senadakan suara,

Sehaluan menggapai matlamatnya,

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia.

Seloka kelas..

Salam sejahtera pembuka kata,
Salam perpaduan jadi ikatan,
Jom baca bersama-sama,
Seloka PISMPreskul ambilan Januari 2009.
Sentiasa bersemangat penuh kesabaran,
Tugasan banyak, kuliah tetap jalan,
Layan karenah tak pernah bosan,
Puan Suzanna tutor kami 2009.
Berambut panjang ayu orangnya,
Senyuman manis Henrianna namanya,
Temannya Ai Ping setia bersama,
KU & PKU kami orang semua.
Pahit sungguh kenangan Mei 2009,
Hati kecewa dilanda kerugian,
Andrew Saing punya pengalaman,
Orangnya comel kuat makan.
Bisnes besar sentiasa laku,
Heni Somiun,fuyoohh..caya la sama lu,
Setiap kali balik cuti memang kena serbu,
Semua tahu mesti dia ada bawa 'sesuatu'.
Tinggi lampai berseri-seri,
Sentiasa happy senang hati,
Suka menyampuk waktu ELP,
Shirely Inggol memang berani.
Lenggang-lenggok ayu sentiasa,
Olivia Daisy punya gaya,
Berwajah manis ala-ala Jepun & Cina,
Steffi Hidian itulah dia.
Minat sangat belajar bahasa,
Anak didik Crely yang paling setia,
Yennie Norzila ceria sentiasa,
Dia takda, sunyi jadinya.
Sentiasa tenang dan bersuara lantang,
Eda Edward duduk di belakang,
Nuranisa pula mesra orangnya,
Tak pernah marah, 'cool' saja.
Kecil kecil cili api,
Jangan dicabar pantang dibuli,
Grace dan Erma roomate sejati,
Sentiasa bersama ke sana ke mari.
Mohd Dhallilah merintih sepi,
'Malangnya aku di kelas ini..'
Relax la Dhal, dont worry,
Takkan 18 perempuan buli 2 lelaki.
Rakan karib, Rozainee dan Nur Afyda,
Memang kamceng la, ngam punya,
Assignment tebal memang dah biasa,
Bab-bab jiwang jangan ditanya.
Menonton movie menjadi hobi,
Drama Korea pilihan Suzie,
Christine Chumang berdiam diri,
Diam-diam tetap ubi berisi.
Putih melepak muka iras Cina,
Amey Asuk itu namanya,
Temannya Siti Shakinah Mustapha,
Orangnya manis baik hati pula.
Sekian sahaja buat tatapan,
Seloka ini sekadar hiburan,
Mohon ampun dari kawan-kawan,
Andai ada sebarang keterlanjuran.


**SELAMAT MENEMPUH UAK SEMESTER 1**
GOOD LUCK!!!!



Rabu, 6 Mei 2009

Macam-macam ragam..

Macam-macam ragam kat kelas ni tau..terutama kalau lectr takda..Pelbagai karenah boleh kita lihat..
Jom kita skodeng..hehehe
Jangan Marah ya..

Tarikh : 30 April - 4 Mei 2009
Wahhh..sibuk sangat nampak,sampai pensel pun cucuk kat kepala..



Kesian abang ni..hp yang kat depan tu hanya tinggal kenangan dah..wuwuwu..



Woiii..kira semut ke??



Yenn : 'Waduhhhh,bila aku nak bayar hutang ni???'
Fyda : 'Relax la..tunggu ja elaun sem depan..hehe'



Busy nampak..sampai tak cukup pulak meja tu ye..



Oli : 'Kenapalah si Ann ni tak masuk PSV dulu,pandai melukis pulak dia..'
Sha : 'Ya kannn, aku pun nak uji bakat juga ni..'
Ann : 'Jealous la tuu..'


Hahhh..buat ape tu cik adik oiii..
Pipink : 'alamak..kantoi la pulak..'



Hantar Folio & Jurnal ELP...Lega rasanya...



Ehemm..ehemm..tak share ngan kitaorang ke??



YDP pun lepak sama..Katanya kelas ni ada tarikan,apa la tu owhh...hehe..



Sporting..ringkas tetapi ikhlas...


Birthday Girl, 30 April..Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki



Tiup kek..hahaha..Kreatifnya...