Selamat Datang ke Laman Blog Ini. Anda Sekarang Berada di...

Rabu, 24 September 2008

Pic PPISM Pra 07

Ni la kami, PPISMP-Preskul ambilan Julai 2007, tapi seorang takda dalam gambar..Mohd.Dhalilah. Dia yang capture picture time tu.Ni gambar time sambutan Hari Guru IPTS 2008.
Yang pakai kot tu la Tutor & lecturer ELP kami.Panggil je Miss Carol.Berasal dari Papar, Sabah..Cun kan??sori..da org punya tu..hehe..
Tutor sejak dari semester satu lagi..Masak sangat dengan perangai kami orang.Suka tengok bila beliau naik geram,cute pulak..jangan marah ye miss..huhuhu
Dulu-dulu payah nak tengok beliau ketawa,tapi sekarang dah banyak cerita.Ada-ada la lawak beliau bila kami orang sudah mulai 'berat kepala'..Minat sangat dengan Mariah Carey..Katanya,Rafael Nadal(Tennis Player) tu bekas bfnya..wow!!!...
Neway,..TQ Miss Carol..Semoga bahagia bersama orang tersayang..
JASAMU DIKENANG.





Jumaat, 5 September 2008

my IP...




Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah (IPTS) merupakan IPG yang terbesar di Malaysia setakat ini dan dirasmikan pada tahun 2005. IPTS dilengkapi dengan segala kemudahan lengkap sebagai satu institusi pendidikan terpenting negara seperti kemudahan wireless, pelbagai kemudahan sukan, gimnasium, hostel yang serba indah, blok kediaman pensyarah, pelbagai kemudahan ICT dan sebagainya. Kami bangga menjadi pelatih di IP Tawau..
Selain itu, pensyarah IPTS juga sangat baik hati dan amat mengambil berat tentang masa depan guru-guru pelatih. Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan oleh tuan-tuan dan puan-puan kepada kami semua..

Berlatarbelakangkan keindahan yang dihiasi oleh pokok-pokok bunga dan susunan blok yang tersergam indah, IPTS merupakan antara IPG yang tercantik dan sering mendapat pujian daripada pelawat dari luar. IPTS dibina di sebuah lokasi yang strategik iaitu kira-kira 36km dari bandar Tawau dan hanya kira-kira 5km dari airport Tawau. Tambahan pula, sebuah UITMkT akan dibina tidak jauh daripada kampus IPTS.


WE LOVE IP TAWAU... I'm proud to be a teacher..






**menyusul selepas ini..PPISMP-Pres' xtvt..**

PPISMP-Prasekolah,IP Tawau ambilan Julai 2007(intro)



PPISMP-PRASEKOLAH


PPISMP-Prasekolah adalah antara kemasukan unit baru ke dalam IPG di Malaysia mulai tahun 2006 & 2007 (ambilan Julai). PPISMP-Prasekolah merupakan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (1 tahun persediaan + 4 tahun program ijazah) yang khusus untuk pendidikan prasekolah bagi melahirkan guru bertaraf ijazah untuk mendidik kanak-kanak di peringkat prasekolah di Malaysia. PPISMP-Prasekolah wajar diwujudkan untuk mencapai matlamat PIPP selaras dengan matlamat pembangunan pendidikan negara.



PPISMP-PRASEKOLAH, IP TAWAU (ambilan Julai 2007)

Pelatih-pelatih PPISMP-Prasekolah IP Tawau bagi kursus Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris mula mendaftar sebagai pelatih sepenuh masa pada 16 Julai 2007. Tarikh penting itu telah menyaksikan seramai 20 orang guru pelatih, terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Dusun, Iban, Melanau, Bidayuh, Murut, Bajau, Cina dan Kadazan yang telah mendaftar untuk unit ini melangkah masuk ke alam profesion perguruan dengan rasa bangga, gembira, bertuah di samping rasa sedih kerana berjauhan daripada keluarga. Berbekalkan semangat untuk mendidik anak bangsa, maka digagahi juga setiap langkahan tanpa rasa gentar.
Dengan itu, bermulalah cabaran di alam baru yang menuntut 1001 keringat untuk mencapai cita-cita sebagai seorang GURU...amin..



Preskul Team

Preskul's students terdiri daripada 20 orang guru pelatih. 18 orang perempuan dan 2 orang lelaki (lelaki bertuah la tu..). Biasa la, time mula-mula masuk dulu memang la banyak muka pemalu, so ramai la yang pendiam. Tapi hakikatnya, sekarang kami semua mesra sesama rakan seunit. Susah senang kami tempuhi bersama..Dipuji, digalak, dileteri, diceramahi..itu mainan biasa..huhuhu..Kami tetap setia..
Kami bahagia bersama tutor kesayangan yang caring lagi sporting,Miss Carol yang juga lect BI kami orang. Beliau la tempat kami mengadu segalanya..Thanks atas segala didikan n dorongan Miss..
THANKS also to all lects for 3rd sem->> Pn Hjh Patimah(BM2), Mr. Abd Ghani(BM1), Tgku Nor Izuri(PJ), Miss Hamidah(ELAG), Sir Sharidzuan(ELA),Sir Rozan(ELAR),Miss Noraini(ELA)Mr Effendy(KKE),Mr Najmuddin(PN) n Mdm Norhasmah(Math).



GUD LUCK to PPISMP-Preskul 2007..


IF U CAN'T BE A SUN,BE A STAR..BE THE BEST OF WHATEVER U ARE...




**nantikan isu-isu baru di dlm preskulipts.blogspot.com**
Menyusul selepas ini...'OUR BEAUTIFUL IP : IP TAWAU,SABAH..'